Home » Langit Terbuka » Mujahid, Zakir Naik bertemu bincang gagasan Islam, berita palsu

Mujahid, Zakir Naik bertemu bincang gagasan Islam, berita palsu

Antara isu dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Zakir Naik ialah 3 gagasan Islam yang dibawa kerajaan sekarang iaitu “Rahmatan Lil Alamin”, “Maqasid Syariah” dan model Malaysia. - Foto FB

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa mengadakan perbincangan dengan penceramah kontroversi dari India, Zakir Naik hari ini.

Pejabat Mujahid ketika dihubungi FMT berkata, antara isu dibincangkan dalam pertemuan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu ialah 3 gagasan Islam yang dibawa kerajaan sekarang iaitu “Rahmatan Lil Alamin”, “Maqasid Syariah” dan model Malaysia.

Mereka turut membincangkan penyebaran berita palsu yang semakin serius.

“Pertemuan penuh mahabbah bersama Zakir Naik.

“Pengalaman dakwah beliau ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi buat kita untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. Semoga Allah memperteguh usaha dakwah beliau untuk membimbing manusia mengenali Islam,” tulis Mujahid di Facebook hari ini.

Pada 11 Januari lalu, Mujahid dilaporkan berkata, kerajaan persekutuan tidak menyekat sebarang majlis ilmu membabitkan Naik.

Katanya, kerajaan menggunakan dasar terbuka terhadap mana-mana penceramah, namun terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi. -FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *