Home » Citra Yadim » Sumbangan barangan keperluan harian untuk 3 beradik buta

Sumbangan barangan keperluan harian untuk 3 beradik buta

ARAU – Hidup tanpa nikmat penglihatan merupakan satu ujian yang cukup besar. Lebih besar lagi cabarannya kerana yang diuji itu ialah warga emas.

Namun itulah yang dihadapi oleh tiga beradik di Kampung Titi Besi di sini. Mereka tinggal bertiga di sebuah rumah di sini, dalam keadaan yang cukup sukar dibayangkan oleh kita.

Pun begitu, mereka menguruskan hidup dengan cukup baik, malah adik bongsu pasangan ini dapat menyara hidup dengan berniaga menjual anyaman!

Sebagai sebuah agensi dakwah yang prihatin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 27 Februari turun padang ke kampung berkenaan, menyampaikan sedikit sumbangan buat mereka.

Antara yang disampaikan barangan keperluan harian, tong gas dan dapur gas untuk membantu mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir sama ialah Pengasas Persatuan Kebajikan Mohd Chan, Mohd Chan Abdullah dan Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Husain.

Kisah tiga beradik but aini pernah tular di media apabila kediaman mereka sebelum ini musnah dalam kebakaran menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *