Home » Citra Yadim » Musaadah Covid 19 di Sabah

Musaadah Covid 19 di Sabah

TAMBUNAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan rakan rakan rakan agensi agama Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), terus prihatin dengan nasib golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Terbaharu pada 16 April, YADIM bersama Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia telah sama sama ke daerah ini dan Keningau bagi menyampaikan bantuan.

Sebanyak 50 keluarga di santuni dalam misi bersama ini yang diselaraskan oleh JAKIM Sabah.Mewakili badan agama ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Di daerah ini, sumbangan disampaikan kepada Pegawai Daerahnya, Jumain Abdul Ghani.

Usaha ini selaras dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri agar semua agensi di bawah beliau turun padang menyantuni mereka yang memerlukan dan terkesan dengan Covid-19.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *