Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 fasa kedua bermula di Pendang

Musa’adah Covid-19 fasa kedua bermula di Pendang

PENDANG – Program fasa kedua Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bermula hari ini dengan daerah ini sebagai lokasi pertama.

Sebanyak 20 pek sumbangan diedarkan kepada keluarga terpilih di sekitar daerah ini hari ini.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Sukarelawan Al Rahmah Pendang, Abdul Ghani Sudin serta kepimpinan pasukan tersebut.

Dalam pada itu, kesemua penerima merupakan golongan warga emas dan pesakit kronik yang memerlukan sumbangan. Mereka menerima barangan keperluan harian seperti beras, minyak, gula dan lain lain bertujuan meringankan beban.

Sumbangan hari ini juga disampaikan kepada 9 petugas barisan hadapan yang berkhidmat di sini.

Anggota keselamatan berkenaan menerima sumbangan kurma, makanan untuk berbuka puasa, sarung tangan serta penutup muka dan mulut.

Program fasa kedua YADIM Kedah ini akan diteruskan ke Tanjung Dawai, Sungai Petani selepas ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *