Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 Frontliner Yadim Kedah

Musa’adah Covid-19 Frontliner Yadim Kedah

SUNGAI PETANI – Dengan Covid-19 yang masih belum reda dan pelaksanaan Kembali Perintah Kawalan Pergerakan, golongan petugas barisan hadapan kini terpaksa berhempas pulas berusaha menangani situasi ini.

Menyedari hal ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) negeri Kedah pada 24 Januari telah bekerjasama menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan sebagai meraikan dan menghargai pengorbanan mereka.

Sebanyak 38 kotak air mineral, biskut dan roti diserahkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Hopsital Lama dan PKRC Asrama Jururawat Hospital Sultan Abdul Halim.

Penyampaian sumbangan disampaikan kepada Ketua Klinik Hospital Lama Sungai Petani, Dr. Habshoh Had. Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Aizat Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *