Home » Citra Yadim » Sumbangan YADIM Sabah ke SMK Pengalat

Sumbangan YADIM Sabah ke SMK Pengalat

PAPAR – Pada 25 Januari, YADIM Sabah telah mengadakan aktiviti turun padang menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat di sini.

Mewakili YADIM Sabah ialah pengarahnya, Samin Ongki yang menyerahkan barangan makanan dan kit kebersihan untuk sekolah tersebut.

Hadir ke majlis ringkas penyerahan ialah Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Suhaimi Mohd Shah dan Pengetua SMK Pengalat Papar, Zarida Mohd Junaidi.

YADIM Sabah juga menyerahkan sejadah, jam dinding dan 30 naskhah Al WQuran untuk kegunaan surau sekolah tersebut.

Sementara itu, para pelajar sekolah tersebut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YADIM atas sumbangan yang diterima dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *