Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 YADIM Kedah di Sungai Petani

Musa’adah Covid-19 YADIM Kedah di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 26 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 untuk komuniti ini dan kawasan sekitarnya.

Selain menyantuni seramai 20 keluarga miskin, turut diadakan ialah aktiviti pemakaian vest dan penyampaian watikah kepada 3 pengerusi SAR kawasan iaitu  Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai.

Program kemudiannya bersambung keesokannya di Kota Kuala Muda apabila YADIM Kedah dan pasukan SAR Sungai Petani menyantuni seorang warga emas yang tinggal berseorangan di sini.

Abu Bakar Ahmad berusia lewat 50-an, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menampung kehidupan dengan menjual sayur sayuran yang ditanam di sekitar rumahnya di Kampung Padang Binjal.

Ketika sampai, peserta program mendapati kediaman Abu Bakar berada dalam keadaan daif.  Atapnya sudah bocor manakala tandasnya  sudah tidak dapat digunakan menyebabkan rumah itu mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Prihatin dengan nasib warga emas ini, YADIM Kedah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan lampin pakai buang kepada Abu Bakar.

Mereka turut merancang untuk melakukan satu lagi kunjungan untuk bergotong royong membaiki dan membersihkan rumah tersebut.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *