Home » Citra Yadim » Musaádah di Madrasah Manabiul Ulum

Musaádah di Madrasah Manabiul Ulum

JERLUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program musa’adah bertempat di Madrasah Manabiul Ulum, Pondok Telaga Batu, Jerlun di sini pada 7 Julai.

Seramai 20 penghuni pondok disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam, Yang Berhormat Cikgu Azhar Ibrahim dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Program YADIM Kedah kemudiannya diteruskan dengan ziarah prihatin kepada tiga keluarga di Kampung Telaga Batu dan Kampung Padang Lalang di sini yang terdiri daripada pesakit lumpuh dan warga emas yang uzur.

Terdahulu, sebelum bertolak ke Pondok Manabiul Ulum, Pengarah YADIM Kedah, bersama Yang Berhormat Cikgu Azhar terlebih dahulu menyantuni petugas di Pusat Pemberian Vaksin di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Seri Indera Putra.

Hadir sama dalam program program ini ialah Pengerusi NGO Jerlun Care, Abdul Hadi Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Telaga Batu, Abdullah Din.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *