Home » Citra Yadim » Musaádah Juadah YADIM Terengganu di Dungun.

Musaádah Juadah YADIM Terengganu di Dungun.

DUNGUN – Selepas Setiu dan Kuala Berang, daerah ini menjadi lokasi terbaharu program Musaádah Juadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.

Kali ini sebanyak 60 keluarga dari daerah ini menerima sumbangan ayam golek sebagai juadah berbuka puasa daripada badan dakwah ini.

Simbolik penyerahan diadakan di Balairaya Kampung Burung Baru di sini sebelum para peserta bergerak menyampaikan sumbangan ke rumah rumah keluarga terpilih.

Hadir menyampaikan sumbangan ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin. Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan Dungun, Tengku Mazilawati Tengku Muhamad, pengerusi pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah ini, Sukarelawan YADIM dan wakil komuniti.

Program ini memanfaatkan asnaf di KRT Kampung Burung Baru, Taman Muhibah Felda Jerangau dan Kampung Alor Tembesu.

Ia adalah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) YADIM Terengganu.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *