Home » Langit Terbuka » Nama baik TH boleh rosak akibat tindakan politik

Nama baik TH boleh rosak akibat tindakan politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, walaupun banyak fitnah dan tohmahan terhadap Tabunh Haji, sejak pemulihan sehingga hari ini jumlah deposit baharu terus meningkat kepada RM1 bilion. - Foto mediaadil.com

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggesa masyarakat dan pihak tertentu tidak mempolitikkan isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kerana dikhuatiri merosakkan nama baik institusi itu.

Mujahid berkata, pelbagai usaha sedang giat dijalankan kerajaan untuk memulihkan semula TH dan pada masa sama mengekalkan subsidi RM400 juta untuk menampung kos ibadat haji membabitkan seramai 30,200 jemaah tahun ini.

“Ada yang berkata macam-macam mengenai TH tetapi kerajaan ingin memulih dan menjaganya semula supaya kembali baik.

“TH ialah institusi umat Islam, jadi janganlah ia dirosakkan kerana fitnah termasuk menyuruh pendeposit mengeluarkan simpanan dan mempolitikkan kadar hibah sebagai paling rendah dalam sejarah,” katanya pada Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan dan Kempen Tanpa Pembaziran di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin.

Mujahid berkata, walaupun banyak fitnah dan tohmahan terhadap TH, sejak pemulihan sehingga hari ini jumlah deposit baharu terus meningkat kepada 1 bilion.

“Jika fitnah ini atas tujuan politik, maka saya percaya institusi umat Islam ini akan terus dipelihara Allah SWT.

“Sebagai menteri, saya menjaga keseluruhan kepentingan umat Islam, bukan sekadar politik sahaja,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan mengelirukan timbul termasuk isu subsidi antaranya ia hanya diberi kepada bakal jemaah terpilih bagi tahun semasa. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *