Home » Citra Yadim » Nelayan terima sumbangan YADIM Pulau Pinang

Nelayan terima sumbangan YADIM Pulau Pinang

SEBERANG PERAI SELATAN – Seramai 80 keluarga nelayan di daerah ini menerima bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 22 November.

Mereka yang dibantu ialah penduduk dari Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi.

Rata rata penerima bantuan ialah mereka yang  terjejas akibat Covid-19 di negeri ini, selain tidak dapat turun ke laut akibat cuaca buruk ketika ini.

Turut bersama YADIM dalam program ini ialah Pegawai Khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Shafie Kassim.

Mewakili YADIM ialah Penyelaras Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan. Hadir sama ialah wakil wakil komuniti penduduk di kawasan ini.

Kesemua yang disantuni menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *