Home » Langit Terbuka » Netizen kecam serangan peluru berpandu Syiah Houthi ke Taif, 40 kilometer dari Makkah

Netizen kecam serangan peluru berpandu Syiah Houthi ke Taif, 40 kilometer dari Makkah

JEDDAH, 13 Okt. – Tentera pakatan 10 negara Arab memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan puak militan Syiah Houthi di Yaman ke arah bandar Jazan di Arab Saudi, kelmarin.

Agensi berita melaporkan peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan di ruang udara bandar Maarib di Yaman.

Serangan puak militan itu adalah kali kedua dalam minggu ini yang menyasarkan bandar di Arab Saudi, menggunakan peluru berpandu dibekalkan Iran.

Ahad lalu, militan Syiah Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah Taif. Ia dipintas dan dimusnahkan, tetapi serpihannya jatuh 40 kilometer dari tanah suci Makkah, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia.

Netizen dalam laman sosial Facebook dan Twitter mengutuk serangan menyasarkan Taif dan menyifatkannya sebagai serangan terhadap umat Islam.

Hashtag #HouthisStrikeMakkah menjadi trend antarabangsa selepas Arab Saudi mengesahkan berita serangan militan Syiah Houthi ke atas Taif yang terletak di wilayah Makkah.

Netizen yang memberi komen menerusi hashtag ini berkata, menyasarkan wilayah Makkah menjadi bukti jenayah dilakukan Syiah Houthi dan militan yang menyokong Ali Abdullah Saleh, yang tidak bermoral.

Aktivis politik Yaman, Khalid Al-Yafei berkata, serangan itu menunjukkan militan Houthi menyasarkan seluruh umat Islam dan kerajaan tidak sah Yaman merancang melakukan keganasan ke atas orang muslim.

Penulis dan penasihat media, Salim Al-Shaibani, pula mengemukakan soalan kepada umat Islam: “Adakah anda tahu jarak di mana serpihan peluru berpandu itu jatuh di Taif dan Makkah? Ianya hanya 40 kilometer.”

Sesetengah netizen juga menggesa negara-negara Islam bermesyuarat bagi memberi sokongan terhadap penguasa tanah suci kerana puak militan Syiah Houthi kini menyasarkan wilayah Makkah.

Hakikatnya, pegawai Iran sebelum ini berkata mereka akan menyerang Makkah, maka umat Islam di seluruh dunia perlu bertindak segera. – Agensi

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *