Home » Langit Terbuka » ‘Paderi bawa anak peluk Islam…’

‘Paderi bawa anak peluk Islam…’

Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin.

KANGAR 7 Feb. – “Hari ini (semalam) seorang paderi, dari sebuah negeri datang ke pejabat saya. Dia membawa anaknya untuk menganut Islam di Perlis,” kongsi Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin.

Perkongsian Asri yang dimuatnaik di Facebooknya itu, menceritakan bagaimana beliau kagum dengan tindakan berkenaan.

“Saya melahirkan rasa kagum dengan sikapnya. Dia memberitahu saya “I always follow your articles and I tell my friends I love Mufti of Perlis”. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya hargai kehadiran beliau ke pejabat saya,” katanya.

Berkongsi lanjut, Asri berkata beliau ada bertanyakan kepada paderi berkenaan adakah beliau tidak bimbang dengan tanggapan komuniti gerejanya nanti bila tahu anaknya menganut Islam.

“Dia berkata itu satu cabaran yang dia kena hadapi namun dia menghormati pilihan anaknya,” katanya.

Jelas Asri, peristiwa ini mengingatkan bahawa hidayah dan rahmat ALLAH itu maha luas.

“ALLAH memberikan petunjuk kepada sesiapa yang ALLAH kehendaki kerana ALLAH Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam jiwa setiap hambaNYA,” katanya.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *