Home » Langit Terbuka » Peguam Negara: Majlis Raja-Raja Mesyuarat Selasa

Peguam Negara: Majlis Raja-Raja Mesyuarat Selasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat di Istana Negara Selasa ini bagi membincangkan isu berkaitan pelantikan Peguam Negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini dan berasa wujud tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan itu.

“Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 145 (1) memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

“Perkara 145 (5) juga memperuntukkan Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Ketika ini, katanya, belum ada persetujuan dicapai antara pihak Istana Negara dan kerajaan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara ketika ini. – NSTP ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *