Home » Langit Terbuka » Pelajar Malaysia catat CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat.

Pelajar Malaysia catat CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat.

Maryam Balqis (kiri) bakal melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sustainability Solutions Ogos ini. - Foto MARA

Kuala Lumpur – Maryam Balqis Abdul Rashid merupakan pelajar Malaysia yang telah memperolehi keputusan cemerlang dengan CGPA 4.00 di Arizona State University (ASU).

Beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang “Sustainability” dan kursus ini merupakan kali pertama diadakan di ASU.

Maryam Balqis merupakan salah seorang pelajar penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) sepanjang tempoh pengajiannya.

Menurut Pejabat MARA Washington, Maryam Balqis adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya. Sebaik sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pengajian asasi dalam American Degree Foundation Program selama setahun.

MARA Washington menambah Maryam begitu aktif di dalam kegiatan kokurikulum malah telah memenangi beberapa anugerah atas pencapaian cemerlang di ASU.

Tambah kenyataan itu lagi, beliau memegang jawatan School of Sustainability Ambassador, Presiden Honor Society of Sustainability, Setiausaha untuk Malaysia Students Association dan Director of Service untuk Alpha Kappa Psi. Melalui lantikan jawatan di Alpha Kappa Psi, beliau telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD 5,600 untuk Arizona Association for Foster & Adoptive Parents.”

Hasil daripada usaha ini, Alpha Kappa Psi telah dianugerahkan Presidential Volunteer Service Award kerana telah menjalankan seribu jam aktiviti sukarelawan.

Pihak MARA Washington turut menyatakan bahawa Maryam Balqis bakal melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana dalam kursus “Sustainability Solutions” pada Ogos ini. – MARA

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *