Home » Citra Yadim » Peluang bantu pelajar sekolah agama di Perak

Peluang bantu pelajar sekolah agama di Perak

PUTRAJAYA – Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Perak, menyatakan hasrat mendapatkan bantuan dan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dalam memperkasakan para pelajar sekolah agama di negeri itu.

Ketua Penolong Pengarahnya, Ahmad Lutfi Abu Bakar berkata, sesuai dengan kepakaran dan program-program yang dimiliki YADIM, pihaknya melihat ada banyak peluang untuk kedua pihak ini mendapatkan faedah.

‘Sektor Pendidikan Islam di Perak terbahagi kepada tiga komponen utama, Pengurusan Pendidikan Islam, Pengurusan Institusi Pendidikan Agama dan Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam.

“Berdasarkan apa yang ditaklimatkan tadi, kita lihat YADIM boleh membantu kami khususnya dalam komponen ketiga,  selain program pemantapan pelajar sekolah agama, kita juga harap YADIM dapat bantu kita terutamanya dalam aspek pemulihan pelajar”katanya dalam sesi taklimat di ibu pejabat YADIM di sini hari ini (19 Disember).

Ahmad Lutfi hari ini mengetuai lawatan seramai 17 orang pegawai dan kakitangan dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam Perak ke YADIM.

Lawatan berkenaan bertujuan mengenal dengan lebih dekat fungsi badan dakwah ini selain bertukar pandangan serta membincangkan peluang kerjasama.

Dalam pada itu Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM, Redhauddin Kamaruzaman  menyambut baik hasrat untuk bekerjasama itu dengan menyatakan pihaknya sentiasa terbuka dengan idea sedemikian.

‘Mungkin kita oleh adakan program melibatkan Sahabat YADIM (SY) di Perak, jika ia berkaitan dengan pelajar, SY sesuai,” jelasnya.

Redhauddin turut menambah, selain SY, YADIM juga boleh menggerakkan Pasukan Sukarelawan Al Falah di Perak yang sememangnya giat melakukan program di sekitar Kamunting dan Batu Kurau ketika ini.

Hadir sama dalam sesi taklimat itu ialah Pengurus Besar Operasi YADIM, Ustaz Mohd Khairul Fuad Samsudin, serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, En Mohd Yuswandi Abdul Majid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *