Home » Langit Terbuka » RTM nafi larang Mufti Kelantan bersiaran di KELANTANfm

RTM nafi larang Mufti Kelantan bersiaran di KELANTANfm

RTM dalam kenyataan itu berkata, pihaknya tidak menggugurkan mana-mana pihak untuk bersiaran dalam slot petang radio tersebut - Fotro NSTP

KUALA LUMPUR — Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan Malaysia Online bahawa Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad merupakan antara penceramah yang dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm.

RTM dalam kenyataan itu berkata, pihaknya tidak menggugurkan mana-mana pihak untuk bersiaran dalam slot petang radio tersebut.

“Penyataan mengenai Mufti Kelantan dan tujuh orang penceramah lain dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak RTM tidak pernah menyekat mana-mana penceramah asal dalam slot tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online hari ini dengan tajuk “RTM: Mufti Kelantan pula disekat?”.

Artikel yang memetik sumber itu memaklumkan nama Mohamad Shukri termasuk dalam senarai tujuh penceramah di slot tersebut yang digugurkan dan sudah digantikan dengan senarai nama baharu.

Menurut artikel itu tindakan menggugurkan nama Mohamad Shukri dipercayai akibat kelantangan beliau menyuarakan pandangan ke­rana menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah de­ngan norma agama. – Bernama

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *