Home » Langit Terbuka » Pemilik kereta mewah, jangan haraplah

Pemilik kereta mewah, jangan haraplah

Menteri Kewangan berkata, mekanisme pemberian subsidi kenderaan di bawah 1500cc berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc diingatkan jangan berharap untuk menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2019, semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, mekanisme pemberian subsidi bahan api berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan.

“Sebenarnya kita sedang bincang lagi mengenai faedah berkenaan supaya dapat diperluaskan kepada golongan pertengahan dan tidak hanya terhad kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40).

“Tetapi saya boleh tegaskan di sini bahawa yang mereka menaiki kereta mewah jangan haraplah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Belanjawan 2019 bersama Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, di Bangunan Parlimen, hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, ketika membentangkan Belanjawan 2019 berkata, Pakatan Harapan (PH) melalui manifestonya berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

“Atas rasa keprihatinan, kerajaan memutuskan untuk menambah baik janji berkenaan dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta saja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *