Home » Citra Yadim » Pemukiman Zamalah YADIM Kedah, Perlis Susun Gerak Kerja

Pemukiman Zamalah YADIM Kedah, Perlis Susun Gerak Kerja

PADANG TERAP – Program Dakwah Negara 2026 giat dilaksanakan di Kedah menerusi pelbagai pendekatan. Antaranya ialah penganjuran Pemukiman Zamalah Siri 1/2026 YADIM Negeri Kedah dan Perlis pada 17 Oktober.

Hasil kerjasama dengan Pusat Tarbiah dan Pengajian Darul Hikmah, Kuala Nerang, ia berlangsung meriah di dewan pusat berkenaan.

Dengan fokus kepada agenda ‘Melestari Gerakan Dakwah’, program ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin.

Penganjuran ini turut disemarakkan dengan kehadiran tokoh ilmuwan tersohor, antaranya Pimpinan Pusat Tarbiah dan Pengajian Darul Hikmah, Syeikh Dr. Khalil Ismail Ilyas Al-Iraqi, serta pimpinan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Tuan Guru Jamil Sodaqi Syeikh Tajuddin Al-Jarumi.

Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah, juga turun padang bersama Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain, serta 50 orang peserta Zamalah.

Pemukiman ini menjadi platform strategik bagi menyatukan saf para pendakwah dan ulama di utara tanah air. Selain memperkukuh penyelarasan gerak kerja, program ini bermatlamat merangka pendekatan dakwah yang lebih segar, inklusif, dan mampan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mendepani cabaran masyarakat masa kini.

 

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *