Home » Citra Yadim » Pengajian ilmu bersama YDP YADIM di Kedah

Pengajian ilmu bersama YDP YADIM di Kedah

JITRA – Penduduk di bandar ini dan Sungai Petani berpeluang mengikuti tiga siri kelas pengajian bersama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 25 dan 26 Julai ini.

Program pertama beliau ialah pada 25 Julai ini di Masjid Al Fateh, Tanjung Pauh, Jitra selepas solat Maghrib.

 

Ia disusuli keesokan paginya menerusi program ceramah perdana bertajuk ‘Aktivis Siyasi Sebagai Da’i Membimbing & Memimpin Masyarakat Menuju Kesejahteraan’ di Dewan Al Banna, Pusat Pendidikan Al Islah, Sungai Petani, bermula jam 9 pagi.

 

 

Program ketiga pula ialah ceramah perdana yang dijadualkan diadakan di perkarangan Masjid Al Majidi (masjid kuning), Sungai Layar Hujong, Sungai Petani selepas solat Isyak.

Membawakan tajuk ‘Silaturahim’, program ini merupakan anjuran bersama Kelab Belia Progresif Merbok, syarikat Hasani Edar, Personas Infinities dan beberapa pihak lagi.

YADIM menjemput semua untuk hadir beramai ramai ke majlis ilmu yang dianjurkan untuk kebaikan bersama ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *