Home » Langit Terbuka » Pengawal keselamatan, juruteknik didakwa terlibat Daesh

Pengawal keselamatan, juruteknik didakwa terlibat Daesh

Suspek dibawa ke mahkamah.

JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik dan dua pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan terlibat dengan kegiatan militan Daesh antara Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.

Tertuduh, Mohd Zaki Ibrahim, 49, yang bertugas sebagai juruteknik, didakwa memiliki video-video yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh dalam sebuah telefon bimbit jenis Samsung SM-G900F dan sebuah tablet Samsung SM-T535 miliknya pada 27 Februari 20.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik pegawai Tenaga Nasional Berhad, Pencawang TNB PPU, Jalan Permas 3/ 4 Bandar Baru Permas, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari.

Bagi pertuduhan itu, Mohd Zaki didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (KK) (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130JB (1) kanun sama iaitu penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.

Dua pengawal keselamatan iaitu Nik Muhamad Zaini Nik Hassan, 37, dan Ismadi Md Nor @ Ismail, 30, didakwa secara bersama terlibat dalam persediaan untuk menyerang sebuah bangunan beralamat di Nombor 1, Jalan Abu Bakar di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *