Home » Citra Yadim » Peniaga kecil Membakut di santuni

Peniaga kecil Membakut di santuni

MEMBAKUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 30 Januari bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut telah turun padang menyantuni peniaga kecil di bahu jalan dan halaman rumah di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Arif, merangkap Menteri Tugas Tugas Khas Sabah bersama Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menyampaikan sumbangan kepada peniaga di Kampung Brunei, Kampung Pimping dan Kampung Binsulok di sini.

Seramai 76 peniaga menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ini.

Peserta program juga kemudiannya turut menziarahi kediaman dua warga Kampung Binsulok yang uzur.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *