Home » Langit Terbuka » Penuntut IPTA ditahan susulan tajuk kontroversi debat

Penuntut IPTA ditahan susulan tajuk kontroversi debat

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan menasihatkan semua pihak supaya tidak melakukan atau memberi kenyataan yang boleh disifatkan sebagai menghina atau merendahkan agama Islam, seperti dalam kontroversi Debat Piala Tun Razak 2019. - Foto The Vocket

SEREMBAN – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semalam (12 November) berikutan tajuk kontroversi pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 bulan lalu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Penolong Pengarah (Kanan) Ahmad Zaki Hamzah berkata, pelajar lelaki berusia 25 tahun itu yang berperanan sebagai ketua hakim pada pertandingan debat terbabit ditahan Bahagian Penguatkuasa JHEAINS ketika hadir memberi keterangan pada jam 11 pagi.

“Lelaki itu dipanggil untuk beri keterangan susulan tajuk debat berkenaan yang menyentuh sensitiviti Islam.

“Dia ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu dibebaskan jam 5 petang dengan jaminan penguatkuasa JHEAINS dengan seorang penjamin.

Menurutnya, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan untuk arahan selanjutnya.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak melakukan atau memberi kenyataan yang boleh disifatkan sebagai menghina atau merendahkan agama Islam.

“Apatah lagi perkara yang sudah jelas hukumnya dalam al-Quran. Jangan juga cuba mempromosi atau menyebar perkara yang boleh menyanggah hukum Islam kerana tindakan boleh dikenakan.

“Sebarang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti seperti mufti,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *