Home » Langit Terbuka » Penuntut Malaysia di Sudan selamat

Penuntut Malaysia di Sudan selamat

Kedutaan Malaysia di Sudan menasihatkan para pelajar Malaysia agar kembali ke tanah air semasa universiti di negara berkenaan ditutup. Foto newvision.co

KUALA LUMPUR – Kesemua 109 penuntut Malaysia yang berada di Sudan selamat dan menjalani aktiviti harian seperti biasa, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, universiti-universiti di Sudah telah ditutup sejak dua minggu lalu dan akan dibuka semula setelah mendapat makluman daripada pihak berkuasa negara itu.

Dengan itu, Kedutaan Malaysia di Sudan menasihatkan para pelajar Malaysia agar kembali ke tanah air semasa universiti-universiti berkenaan ditutup.

Setakat ini, hanya lima orang pelajar sahaja yang telah pulang ke Malaysia manakala baki 104 pelajar lagi masih berada Khartoum, kawasan yang berlakunya rusuhan.

Mereka dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Pergolakan yang berlaku sekitar Khartoum membabitkan kawasan Araba yang jaraknya kira-kira 10 sehingga 15 kilometer dari penempatan penuntut Malaysia.

“Kawasan lain yang berlaku rusuhan adalah Atbara dan Gedarif yang mempunyai jarak sejauh 350 kilometer dari Khartoum, kawasan tersebut ketika ini adalah terkawal,” kata KPM.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *