Home » Citra Yadim » Perangi Zionis guna media sosial – YADIM

Perangi Zionis guna media sosial – YADIM

KUALA TERENGGANU24 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru orang ramai khususnya umat Islam supaya menggunakan media sosial sebagai platform membantu memerangi keganasan rejim Israel terhadap Palestin.

Yang Dipertuanya Dr Yusri Mohamad berkata menerusi medium itu, umat Islam dapat membentuk kesatuan yang mampu menyekat isu kezaliman daripada terus berlarutan terhadap penduduk Palestin.

“Kita sedia maklum isu berkaitan keganasan Israel terhadap Palestin sangat dekat di hati umat Islam dan memberi kesan yang cukup mendalam termasuk kepada rakyat kita. Bagaimanapun, akar umbi kepada perjuangan ini cukup berat kerana ia bukan membabitkan dua negara tetapi membabitkan kuasa besar dunia.

“Kita perlu melakukan semua yang mampu untuk menyumbang ke arah penyelesaian isu ini dan membantu saudara mara kita di negara itu walaupun dengan hanya meninggalkan komen atau menyebarkan berita berkaitan kekejaman itu secara terbuka di laman sosial, ” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2017 di sini, hari ini.

Program itu disertai lebih 50 Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk agensi kerajaan negeri dan Madrasah.

Yusri berkata kempen atau memboikot beberapa produk keluaran Israel tidak memadai sekiranya masyarakat tidak bersatu padu dan menyuarakan tentangnya secara meluas.

Beliau juga menyeru masyarakat agar bersama-sama menularkan dan membicarakan mengenai dasar melawan keganasan, memerangi pembiayaan keganasan serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memerangi ancaman keganasan ini.

Pihak berkuasa Zionis menghalang umat Islam Islam Palestin memasuki Masjid Al-Aqsa sejak 14 Julai lepas menyebabkan mereka mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan berkenaan.

Bagaimanapun, tiga remaja Palestin maut dalam insiden itu.- BERNAMA

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *