Home » Langit Terbuka » Perkasakan Jakim, Bukan Mansuh

Perkasakan Jakim, Bukan Mansuh

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat ini bagi menolak sebarang keputusan kerajaan yang boleh membawa kepada pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pendirian itu dinyatakan Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid selain menegaskan fungsi Jakim seharusnya diperkasakan oleh kerajaan dan bukannya dilenyapkan sama sekali kerana agensi itu ditubuhkan untuk membangunkan Islam yang selari dengan pembangunan negara.

“Sekiranya wujud pandangan pembiayaan membabitkan dana dan perbelanjaan tidak efisien, ianya perlu diperbaiki bukannya Jakim dihapuskan seperi yang didesak oleh kumpulan berfikiran sekular.

“Bagaimanapun, kita tidak menghalang sekiranya Dr. Mahathir mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada golongan pakar dalam ilmu Islam bagi menilai Jakim,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Mapim bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam antaranya Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia dan Citizens International mengadakan perbincangan berhubung isu menghapuskan Jakim. – UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *