Home » Langit Terbuka » Persatuan Gereja bimbang Maszlee mahu tambah guru agama di Sarawak

Persatuan Gereja bimbang Maszlee mahu tambah guru agama di Sarawak

Persatuan Gereja-gereja Sarawak dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini membimbangkan kerana tidak sehaluan dengan Perjanjian Malaysia 1963

PETALING JAYA – Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) mengingatkan kerajaan tidak menggunakan penjawat awam atau guru untuk membawa masuk sebarang unsur Islamisasi ke Sabah dan Sarawak.

Mereka berkata, kerajaan perlu melihat semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memberi jaminan kepada kebebasan beragama di negeri itu.

ASC dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini membimbangkan kerana tidak sehaluan dengan perjanjian tersebut.

“Kenyataan menteri untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai ‘medan dakwah’ dan tempat penyebaran agama Islam tidak menunjukkan semangat MA63.

“Dan dia juga berhasrat membenarkan guru-guru di Semenanjung untuk datang ke Sabah dan Sarawak untuk ‘mempromosikan’ Islamisasi ke sekolah-sekolah bukan Islam di sini,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak adalah kritikal.

Sehubungan itu, Maszlee menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.

Tambah ASC, agama Islam bukan agama rasmi Sarawak.

“Majoriti rakyat negeri ini bukan beragama Islam dan perlembagaan Sarawak menyediakan kerajaan dan masyarakat yang sekular kerana Islam bukan agama rasmi.

“Sudah jelas di dalam Inter-Govermental Committee (IGC Reports) bahawa tiada permohonan kepada kerajaan pusat ke negeri-negeri Borneo berhubung keperluan pendidikan agama,” jelas kenyataan itu. – FreeMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *