Home » Langit Terbuka » Rumah pegawai kanan SPRM terbakar angkara khianat

Rumah pegawai kanan SPRM terbakar angkara khianat

Ketika kejadian berlaku, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu tidak berada di rumah kerana sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan isterinya berada di kampung - Foto Jabatan Bomba

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres 2 tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan terbakar petang semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata 3 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang serta Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 15 anggota selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.37 petang itu.

Beliau ketika dihubungi berkata punca kebakaran masih lagi disiasat.

Sementara itu, menurut sumber ketika kejadian berlaku, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu tidak berada di rumah kerana sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan isterinya berada di kampung.

Ketua Polis Daerah Sepang Abdul Aziz Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *