Home » Citra Yadim » Pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri

Pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri

LAWATAN Kerja YADIM ke Mesir menyaksikan agenda pemerkasaan dakwah menerusi pendidikan kekal diutamakan.
Pada 29 Februari Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah mengadakan pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri dalam rangka memperkukuh jalinan kerjasama dengan badan dakwah ini.
Mereka mewakili negeri Negeri Sembilan, Perak, Johor , Pahang dan Sabah.
Datuk Hasanuddin telah mengambil peluang memberi penerangan berkaitan upaya YADIM dalam memperkukuh kegiatan dakwah dan kalangan pelajar.
Sesi pertemuan ini juga antara lain membincangkan peluang kerjasama dan sinergi antara YADIM dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dalam program pembangunan kapasiti pelajar Malaysia di Republik Arab Mesir yang akan dirangka pada masa hadapan.
Di akhir pertemuan, Datuk Hasanuddin menitipkan semangat agar kesempatan berada di Mesir digunakan untuk mengukuhkan kerjasama EME dan Atase Pendidikan Negeri.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *