Home » Langit Terbuka » PM Pakistan puji peralihan kuasa Malaysia

PM Pakistan puji peralihan kuasa Malaysia

Shahid Khaqan Abbasi . AP/PTI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi hari ini menghubungi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 dan pelantikan sebagai perdana menteri ketujuh.

Abbasi turut berbincang serta bertukar pandangan dengan rakan sejawatannya, mengenai hubungan dua hala Pakistan-Malaysia, menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Pakistan, hari ini.

Di samping itu, beliau turut menyatakan hasratnya mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara, dengan meneroka dan mengeksploitasi potensi dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pelaburan, tenaga, pertahanan dan pelancongan.

Abbasi menekankan, perlunya pertukaran kunjungan di peringkat tertinggi untuk memberikan dorongan serta hala tuju yang diperlukan dalam hubungan dua hala.

Beliau juga mempelawa Dr Mahathir melawat Pakistan.

Dr Mahathir mengucapkan terima kasih di atas hasrat dan komitmen Abbasi untuk memperkuat serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Abbasi memuji proses pemilihan dan peralihan kuasa yang lancar dan damai sekali gus mencerminkan kematangan Malaysia.

Kejayaan Pakatan Harapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini juga disifatkan sebagai satu manifestasi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan dinamik dan inspirasi Dr Mahathir. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *