Home » Langit Terbuka » PM sedih atas ‘pemergian’ Muhammad Adib

PM sedih atas ‘pemergian’ Muhammad Adib

Perdana Menteri turut mengucapkan takziah atas pemergian Muhammad Adib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih atas kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim.

“Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau,” katanya twitternya malam ini.

Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi.

Sebelum itu, Allahyarham menjalani rawatan selama tiga minggu di Institut Jantung Negara. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *