Home » Langit Terbuka » Pornografi: Rakyat Malaysia dicekup di Australia

Pornografi: Rakyat Malaysia dicekup di Australia

LELAKI rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didapati membawa bahan pornografi dalam bentuk gambar dan video kanak-kanak, Khamis lalu.

Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, bahan pornografi berkenaan ditemui selepas pegawainya membuat pemeriksaan ke atas barangan milik suspek berusia 27 tahun itu ketika sampai di lapangan terbang terbabit dari Kuala Lumpur.

“Kita menemui lebih 900 gambar dan video berkaitan eksploitasi seks kanak-kanak tersimpan dalam komputer riba dan telefon bimbitnya.

“Lelaki berkenaan didakwa mengikut undang-undang Mengimport Tahap 2 Bahan Eksploitasi Kanak-kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, suspek yang direman sehingga 29 Jun depan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne dalam masa terdekat.

Bagi individu yang didapati bersalah mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi anak berdepan dengan hukuman penalti maksimum AUD180,000 (RM542,783) atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya. – HMETRO

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *