Home » Langit Terbuka » Produk pembasmi kuman ruqyah tiada kelulusan KKM

Produk pembasmi kuman ruqyah tiada kelulusan KKM

Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia tentang produk yang tidak mendapat kelulusan. - Foto Program Perkhidmatan Farmasi KKM

SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk pembasmi kuman yang diruqyahkan kerana tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, semua produk pembasmi kuman perlu dirujuk kepada kementerian itu sebelum dipasarkan bagi memastikan kualiti dan selamat digunakan.

“Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati semasa membeli produk hand sanitizer di pasaran.

“Semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan, penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Iklan produk dengan tuntutan perubatan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat merupakan satu perlanggaran di bawah Seksyen 4B, Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *