Home » Langit Terbuka » Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

Selain menjadi individu penting penubuhan TH, Allahyarham turut terlibat dalam penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). - Foto iLabur

KUALA LUMPUR – Pencetus idea hingga tertubuhnya Lembaga Tabung Haji (TH), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court, ibu negara pada pukul 4.30 petang tadi.

Isteri beliau, Rohayah Ahmad Bahiran memaklumkan jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Selain menjadi individu penting penubuhan TH, Allahyarham turut terlibat dalam penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Beliau juga satu-satunya individu yang menerima anugerah Profesor Diraja yang merupakan gelaran profesor paling tinggi di Malaysia.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *