Home » Citra Yadim » 14 kakitangan dihargai dalam Anugerah Khidmat Cemerlang

14 kakitangan dihargai dalam Anugerah Khidmat Cemerlang

PUTRAJAYA – Seramai 14 kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diraikan dalam Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2019 (AKC) di sini pada 16 Disember.

Pengiktirafan atas kerja keras dan kecemerlangan mereka itu disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan di ibu pejabat badan dakwah itu.
Kesemua mereka menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan bar emas.

Turut diraikan dalam majlis yang sama ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti yang telah menerima tawaran sebagai Profesor di Universiti Islam Sultan Sharif Ali di Brunei Darussalam.

Dr Fakhrudin yang bersama YADIM selama empat bulan, telah memberi perkhidmatan sangat baik dan penuh integriti.

Ketika diberi kesempatan berucap, Dato’ Mohd Fakhruddin berkata, meskipun tidak lama di YADIM, tetapi pengalaman singkat itu cukup berharga.

Majlis ini turut menyampaikan penghargaan kepada seorang kakitangan YADIM, saudara Abdul Aziz Abdullah.

Abdul Aziz yang mula bertugas di YADIM pada 4 Januari 1984 kini baru sahaja bersara selepas berkhidmat selama 36 tahun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *