Home » Citra Yadim » Program Bicara Dakwah bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

Program Bicara Dakwah bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

YADIM Negeri Pahang meneruskan Program Bicara Dakwahnya bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Kuantan.
Program yang berlangsung pada 28 Julai, di Pusat Aktiviti YADIM Negeri Pahang telah menarik hampir 50 orang peserta. Program ini dimulakan dengan Bicara Dakwah yang bertajuk ‘Seronoknya Cinta al-Quran’ yang telah dikendalikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustazah Nur Shuhada Ibrahim.
Setelah itu perbincangan mengenai aktiviti akan datang diadakan dan diakhiri dengan jamuan makan yang ditaja oleh YADIM Negeri Pahang.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi PAWE Kuantan, Dato’ Mohd Sabri Md Arshad dan penyelianya, Puan Siti Norafida Azmi.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *