Home » Citra Yadim » Program Musa’adah Covid-19 di Port Dickson

Program Musa’adah Covid-19 di Port Dickson

PORT DICKSON – Meskipun Aidilfitri semakin hampir, program Musa’adah Covid-19 YADIM masih diteruskan, kali ini di bandar ini pula.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan Bahagian Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM di sini diadakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan My FundAction Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Kelab Sains dan Inovasi Daerah Port Dickson (KSIPD) serta Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson.

Mewakili YADIM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh manakala lain lain wakil agensi dan badan ialah Ketua Unit Operasi Lapangan MyFundAction, Shahidah Haji Othman, Pegawai Operasi MyFundAction, Mohammad Zamri Mat Nawi dan Pengerusi Sukarelawan Ar Rahmah KSI PD, Khairul Nizam Khairuddin.

Tuan Kamarul dalam ucapan ringkasnya berkata, dakwah YADIM bukan semata mata berceramah di atas pentas sahaja, sebaliknya program program turun padang seperti ini juga amat diutamakan.

Dalam pada itu, sejumlah 55 set sumbangan diserahkan kepada mereka yang telah dikenalpasti memerlukan di Sekolah Menengah Raja Jumaat di sini, sebelum sukarelawan program mengagihkan pula sumbangan di Taman Politeknik Pasir Panjang.

Antara yang menerima sumbangan termasuklah pelajar, asnaf, golongan B40 dan lain lain yang terjejas akibat Covid-19.

Turut menerima sumbangan ialah kakitangan bukan Muslim di Sekolah Menengah Raja Jumaat, selaras dengan operasi dakwah YADIM yang dilakukan tanpa mengira latar belakang.

Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian dan wang tunai.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *