Home » Citra Yadim » Agihan Bubur Asyura SAY Kuala Langat

Agihan Bubur Asyura SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sempena sambutan Israk Mikraj, Sukarelawan YADIM Kuala Langat dengan kerjasama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program memasak Bubur Asyura secara bergotong royong.

Program pada 1Mac di perkarangan asrama anak yatim berkenaan, diadakan bermula jam 9 pagi.

SAY Kuala Langat diwakili oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin serta ahli jawatankuasanya Abd Malik Zin dan Zaini Muhamad.

Pengetua Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang Haji Asrin Ishak hadir sama ke program ini bersama seorang lagi wakil, Haji Jailani Haji Ahmad.

Seramai 30 buah keluarga ibu tunggal dan warga emas menerima agihan Bubur Asyura dalam program ini.

Selain bubur sumbangan barangan keperluan dapur serta sedikit wang tunai juga diberikan kepada mereka.

Penerima sumbangan ini terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Sijangkang, Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *