Home » Citra Yadim » Program Pemantapan Aqidah dan penyampai watikah RSY POLISAS

Program Pemantapan Aqidah dan penyampai watikah RSY POLISAS

KUANTAN – Bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini, telah diadakan Program Pemantapan Aqidah dan penyampai watikah Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY).

Majlis pada 19 November ini menyaksikan seramai 100 ahli RSY menerima watikah tersebut.

Pengisian program termasuklah ceramah pemantapan akidah: ‘Bahaya Ajaran Sesat’ oleh Kadi Daerah Kuantan, Ustaz Haji Mohd Rizal Mohd Ali Nafiah dan cabutan bertuah kepada ahli RSY yang hadir.

Watikah disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan.

Hadir sama ialah Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Ustaz Saiful Nizam Mukhtar,  mewakili
Pengarah POLISAS, Puan Hajah Norehan Binti Silek,Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dan
Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Saifullah Baiduri.

Turut hadir, Ketua Penyelaras Portfolio Pembangunan Sahsiah Pelajar POLISAS, Ustazah Nurul Fuaddi Sulaiman, Pengerusi Pusat Islam POLISAS, Ustaz Fadhili Muhammad, serta Penasihat Majlis Pimpinan RSY POLISAS, Ustaz Hasminuddin  Hashim.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *