Home » Citra Yadim » Program Sehari Bersama Komuniti (Sebati) Madani anjuran YADIM Selangor

Program Sehari Bersama Komuniti (Sebati) Madani anjuran YADIM Selangor

KAMPUNG Kepau Laut, Pulau Carey menjadi lokasi terkini Program Sehari Bersama Komuniti (Sebati) Madani anjuran YADIM Selangor.
Disemarakkan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 16 September, mereka mengimarahkan Musolla Al Rahman, Kampung Kepau Laut.
Seramai 15 anggota SAY diketuai Pengerusinya, Haji Hasmawi Mahidin turun padang disertai Pengerusi Musolla Al Rahman, Ustaz Mohd Rosli Ahmad dan Puan Siti Nursanah Abdullah.
Seawal jam 9, mereka bergandingan mengadakan aktiviti Cuci-Cuci membersihkan kawasan luar dan dalam musolla.
Ahli kariah musolla yang terdiri daripada komuniti mualaf Orang Asli terlibat sama dalam program ini.
Selesai Cuci-Cuci, seramai 20 muallaf masyarakat Orang Asli disantuni menerusi sumbangan barangan keperluan harian.
Ia disampaikan Oleh Penyelaras YADIM Selangor, Mohammad Izzuddin Mohamad Ares. Turut hadir ialah Penolong Pegawainya, Ustaz Muhammad Najmi Mohd Dalihin.
Sebati Madani akan digerakkan YADIM ke lokasi-lokasi lain selepas ini.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *