Home » Citra Yadim » Program Seminar Remaja Hebat Jauhi Maksiat

Program Seminar Remaja Hebat Jauhi Maksiat

YADIM Negeri Selangor telah menjalin kerjasama dengan Surau An-Nur Villa Mutiara Fasa 5E, Beranang dalam penganjuran program Seminar Remaja Hebat Jauhi Maksiat bagi menyokong usaha pembangunan modal insan golongan remaja dalam komuniti tersebut.
Pengisian program pada 18 November ITU disampaikan oleh Encik Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Pengurus Operasi MFA Smart Training & Consultancy kepada lebih 100 orang peserta dalam lingkungan umur 10 hingga 20 tahun.
Selain itu, diselitkan juga slot Remaja Cakna Isu Palestin dan solidariti yang dikelolakan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) bagi menjentik rasa empati golongan ini dalam isu antarabangsa tersebut.
Program ini turut mendapat kerjasama Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu, Pertubuhan IKRAM Kajang dan MyCare.
YADIM diwakili Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.
Program ini dirasmikan oleh Nazir Masjid Kampung Rinching Hulu, Haji Noor Rashid Abu Bakar.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *