Home » Citra Yadim » Program di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang

Program di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Langat telah memanfaatkan hujung minggu dengan menganjurkan program bersama usahawan sambil menyantuni anak-anak yatim dan asnaf pada 18 November.
Program di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang itu dimulakan dengan ceramah oleh Daie Muda YADIM Aniq Muqri Mohammad bertajuk ‘Usahawan Berjaya: Untung Dunia, Saham Akhirat’ kepada lebih kurang 100 orang peserta dewasa dan remaja.
YADIM diwakili Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares, yang turut menyempurnakan perasmian dan menyampaikan sumbangan beras kepada 40 orang asnaf.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang, Haji Asrin Haji Ishak, Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin, dan Puan Zuriah Bt Abdul Karim, Pengerusi Vendor Kak Zue ( VKZ ) selaku penaja minum petang dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *