Home » Citra Yadim » 4 daie orang asli YADIM terus cipta ruang dan peluang dakwah Sungai Siput, Perak

4 daie orang asli YADIM terus cipta ruang dan peluang dakwah Sungai Siput, Perak

 Jika ada perasaan lelah dan penat Maka mereka beristurehat seketika, saat mereka diaju untuk bantuan tenaga dan masa mereka tidak menolak malah bersiap siaga. Itulah antara ciri kualiti yang boleh dibanggakan dalam diri para Daie Orang Asli (DOA) Yadim dalam merancakkan lapangan dakwah.
Berbekalkan pegangan dan kata-kata semangat “Dakwah itu menyatukan bukan memecah belahkan, dakwah itu mendidik bukan mengherdik” menjadikan semangat para DOA ini sekuat waja dan sekeras besi.
Tahniah Kepada DOA Nazrul, DOA Agus, DOA Farhana dan DOA Rozaini yang terus mencipta ruang dan peluang melestari gerakan dakwah dengan pelbagai entiti kerajaan dan masyarakat setempat.
Ini dibuktikan pada 17 hingga 19 November 2023, para DOA ini telah menabur bakti dan jasa dalam Program Tarbiah, Ukhuwah dan Mahabbah Masyarakat Orang Asli 2023 yang melibatkan 2 buah Jabatan Agama Islam Negeri (Selangor dan Perak).
Program ini adalah luar biasa dan memberikan pengalaman manis kerana dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Kangsar serta melibatkan 3 Buah Kampung Orang Asli iaitu Pos Kenang, Pos Beswok, Pos Keeb, Sungai Siput, Perak.
Daie Orang Asli YADIM yang terlibat diberikan amanah dan tanggungjawab bagi menjayakan inisiatif program bersama penduduk kampung dibantu pengerak masyarakat orang asli.
Para DOA ini telah membantu menjayakan beberapa aktiviti antaranya ialah sukaneka yang melibatkan komuniti Orang Asli seperti acara rebut kerusi, bowling kelapa, straw dan getah, gelung, bola dan kon, sudu dan bola ping pong dan makan biskut. Kesemua acara sukaneka ini melibatkan dari kanak-kanak hingga dewasa.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan ialah Ziarah mahabbah Penduduk Kampung Pos Beswok, Ziarah Sekolah Agama Rakyat Orang Asli, Pos Kenang, Perkongsian ilmu, Cabutan bertuah dan Tayangan Wayang Pacak berjudul Paskal.
Menurut sumber, dimaklumkan lebih 70 orang terlibat menjayakan program ini. Antaranya terdiri daripada Bahagian Dakwah, JAIS, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Selangor, Daei Orang Asli, Orang Asli Islam dan Belum Islam.
YADIM sememangnya memberikan penumpuan agenda perluasan dakwah melalui pelbagai kaedah melalui sayap-sayap kanan dakwahnya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *