Home » Citra Yadim » Program YADIM Peduli Mangsa Banjir

Program YADIM Peduli Mangsa Banjir

PASCA Banjir di Johor, YADIM konsisten melaksanakan program-program menyantuni mangsa bencana berkenaan.
Pada 29 Januari, telah dianjurkan Program YADIM Peduli Mangsa Banjir Daerah Mersing di Balai Raya Kampung Air Papan, Mersing dengan rakan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Mersing Care.
Seramai 70 keluarga menerima sumbangan Bakul Madani yang disampaikan Pengarah YADIM Johor, Encik Muhamad Ammar Abdullah.
Hadir sama ialah Ketua Kampung Air Papan, Encik Safwan Rosli dan Pengerusi NGO Mersing Care, Ustaz Azam Razak.
Sejak Disember lalu, musibah banjir telah berlaku sebanyak tiga kali di kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *