Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat daripada Kor Agama Tentera Malaysia (KAGAT)

Kunjungan hormat daripada Kor Agama Tentera Malaysia (KAGAT)

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 29 Januari telah menerima kunjungan hormat daripada Kor Agama Tentera Malaysia (KAGAT).
KAGAT yang diwakili oleh Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Kolonel Zulkifli Mustafa dan Ketua Dakwah KAGAT, Leftenan Kolonel Dr. Azlisham Abdul Aziz hadir bertujuan membina hubungan antara rakan strategik serta menjalin kerjasama program jerayawara kenegaraan MADANI pada tahun ini melibatkan zon lokaliti kem tentera.
Turut dicadangkan untuk diadakan bersama melibatkan YADIM dan KAGAT ialah kerjasama Program Nadwah Ilmiah Pegawai Kanan (NAIM).
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.
YADIM dan KAGAT sebelum ini telah menjalin kerjasama menerusi penganjuran program seperti Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kuala Lumpur dan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) di beberapa lokasi terpilih di Sabah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *