Home » YADIM MADANI » Program YADIM Peduli: Ziarah Madani

Program YADIM Peduli: Ziarah Madani

DENGAN Kerjasama Intan Boitech Industries Sdn Bhd dan Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Kuala Krai, YADIM Negeri Kelantan pada 26 Mac telah menyantuni 60 orang asnaf sekitar jajahan berkenaan.
Program YADIM Peduli: Ziarah Madani ini telah dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Sungai Sok, Kuala Krai. Asnaf yang hadir menerima sumbangan beras, kurma, kain palekat dan barangan dapur.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, pemimpin setempat Datuk Haji Mohamed Zulkepli Omar, Pengerusi SAY Jajahan Kuala Krai, Tuan Haji Mohd Fauzi Husin dan wakil Intan Boitech Industries Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Amin Awang.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *