Home » Citra Yadim » Program Ziarah Harmoni bersempena Tahun Baharu Cina

Program Ziarah Harmoni bersempena Tahun Baharu Cina

USAHA Melestari Gerakan Dakwah oleh YADIM sentiasa dilaksanakan tanpa mengira latar belakang masyarakat.
Justeru sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, YADIM Terengganu dengan kerjasama Islamic Out Reach Besut dan Sukarelawan YADIM Pulau Perhentian mengadakan program Ziarah Harmoni pada 7 Februari.
Bertempat di Samnaksong Ti Ratana Kampung Renek, Besut seramai 35 keluarga disantuni dengan penyampaian hamper, biskut dan limau.
Ia sebagai simbol meraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat serta hasrat menunjukkan YADIM tidak melupakan rakan-rakan dalam komuniti penduduk di negeri Terengganu.
Hadir dalam program ini ialah Pengarah YAIM Terengganu, Ustaz Hadi Saiadin, Pengerusi Islamic Outreach Besut, Mohd Nizam Ismail dan wakil komuniti, Encik Ah Tim.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *