Home » Citra Yadim » YADIM Pulau Pinang: Remaja Benci Maksiat

YADIM Pulau Pinang: Remaja Benci Maksiat

MAKSIAT Merupakan suatu perkara yang dilakukan oleh seseorang hambaNya yang berlawanan dengan kehendak agama.
Cakna betapa remaja perlu diberi kesedaran menjauhi maksiat, YADIM Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Agama (SMA) Ibrah, Permatang Pauh bagi mengadakan program Remaja Benci Maksiat pada 7 Februari.
Seramai 80 pelajar SMA Ibrah menyertai program ini.
Ia telah dikendalikan oleh penceramah selebriti, Akhi Fairuz al-Jenkawi dengan memuatkan pengisian bermanfaat dalam menasihati remaja agar menjahui perbuatan maksiat terutamanya salah laku yang sering dilakukan oleh seseorang remaja di sekolah atau asrama.
Program tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang Ustaz Zuhri Husain yang mewakili Pengarah YADIM Pulau Pinang.
Hadir sama ialah Pengetua SMA Ibrah, Hajah Arif Abdul Kadir.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *