Home » Citra Yadim » #QuranHour@OrangAsliGombak

#QuranHour@OrangAsliGombak

GOMBAK – Usaha untuk memberi kesedaran bagi mendalami Al Quran perlu konsisten dilaksanakan bagi memastikan kandungan  kitab suci itu sentiasa dihayati dan diamalkan.

Justeru, bersempena dengan penganjuran Malaysia #QuranHour, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan YADIM Selangor pada 30 Ogos telah bekerjasama menganjurkan program #QuranHour@OrangAsliGombak di Bukit Kala di sini.

Menerusi program ini, adalah diharapkan golongan Orang Asli juga turut dilibatkan dalam program program penghayatan Al Quran, selain berhasrat tidak meminggirkan mereka daripada perkembangan semasa.

Seramai 60 orang peserta terlibat dalam program ini yang bermula pada jam 8 pagi di perkarangan Surau Al Hidayah di Bukit Kala.

Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Bahagian Daie Al-Rahmah, Muhammad Ashraf Ab Malek, Pengerusi Kluster Undang Undang Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, Dr Azmi Harun,Penyelaras YADIM Selangor, Mohammad Faiz Safwan Abdul Kadir dan Tok Batin Bukit Kala, Hussin Ngah Yin.

Program dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh peserta dari kalangan Orang Asli, Ustaz Zaihan Sani sebelum Penolong Pengarah Unit Daie Muda YADIM, Sabir Abdul Ghani menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk ‘Al Quran Di Hati, Merdeka Dirai’.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Hussin dan Shamsuddin. Dalam ucapannya Shamsuddin memberi penekanan tentang sikap rahmah yang perlu diamalkan semua pihak, manakala Hussin pula mengajak komuniti Orang Asli di Bukit Kala melaksanakan ajaran Islam yang sebenar.

Para peserta kemudiannya bergerak ke dalam surau untuk acara utama program iaitu membaca Surah Al Kahfi.

Bacaan Surah Al Kahfi diketuai oleh Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Kamarudin Mustaffa.

Sebelum bacaan dimulakan Kamarudin menerangkan serba sedikit mengenai sejarah dan kelebihan membaca surah ini kepada para peserta.

Majlis disudahi dengan para peserta bersama kakitangan YADIM sama sama menikmati jamuan makan tengahari.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *