Home » Citra Yadim » Qurban Jamaie bersama NGO Islam di Bahagian Miri dan Bahagian Sibu, Sarawak

Qurban Jamaie bersama NGO Islam di Bahagian Miri dan Bahagian Sibu, Sarawak

MIRI – Selepas Saratok, program Qurban Jamaie anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diadakan di Miri pula, yang turut melibatkan rakan-rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam pada 1 Ogos 2020.

Antara NGO berkenaan ialah Sukarelawan Ar-Rahmah Miri, Urusetia Saudara Kita Miri dan Bekenu, Yayasan Ikhlas, Biro Dakwah Masjid At-Taqwa Miri, Persatuan Melayu Miri, Kelab Memanah Abaabil Sibuti, serta Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Cawangan Miri.

Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan. Dua daripada lembu berkenaan disumbangkan oleh Muslim Volunteer Malaysia, yang turut menyumbang lain lain barangan keperluan asas, manakala seekor lagi daripada YADIM.

Seramai 170 orang menerima daging korban dan barangan sumbangan menerusi wakil-wakil kampung manakala yang selebihnya diagihkan ke kampung-kampung saudara kita sekitar Miri dengan bantuan NGO yang terlibat sama.

Keesokannya di Sibu pula, program yang sama berlangsung seawal jam 7.30 pagi di Masjid Darul Halim, Kampung Bahagia. Acara pengagihan daging korban seekor lembu sumbangan YADIM tersebut kepada setiap wakil penduduk kemudiannya dilakukan di Pusat Komuniti Iban Islam Rumah Jalak.

Sebanyak 103 bungkus daging korban telah diagihkan kepada saudara kita sekitar kawasan majlis dan golongan yang memerlukan.

YADIM Sarawak turut menyalurkan sumbangan berupa beras kepada 37 buah rumah bukan Islam di Rumah Jalak.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat serta pegawai pegawai badan dakwah ini.

Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Harakah Islamiah Cawangan Sibu, Urusetia Saudara Kita Bahagian Sibu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Sibu, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu, dan Yayasan Ikhlas Cawangan Sarawak.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *